Apa Itu Penyakit Ain

Posted On // Leave a Comment
🔥Apa Itu Penyakit Ain👀

❓Soalan : Ustadz apa itu penyakit ain? Bagaimana kita boleh mengetahui jika terkena penyakit ain?

Ana sudah tanya (message) ustadz Abu Muawiyah Karimah Askary dan ustadz Arsyad Madani (madinah) tapi mereka tidak respon lagi

✅Jawapan :


⏰ Na'am (baik), mungkin kerana mereka sibuk atau kerana memerlukan jawapan yg teperinci atau panjang.

📄Secara ringkas penyakit ain ialah penyakit yang ditimbulkan akibat pandangan mata yg hasad, baik ketika melihat sesuatu yang menakjubkan ataupun yang membuatnya dengki.

☝Ain dapat terjadi berdasarkan takdir Allah, Allah mentakdirkan seseorang yang memiliki pandangan mata yang hasad tersebur untuk menimpa kerugian/kesakitan pada seseorang yang dia dengki.

🔥Seseorang terkena ain boleh diketahui dari gejala atau tanda-tanda nya namun tidak semua orang boleh merasakannya, diantara gejalanya: seseorang mengalami sakit dengan tanpa ada sebab apa-apa kecuali setelah dirinya berbuat sesuatu amalan yang membuat orang lain tidak suka atau terkagum kerananya.

💊Mengatasinya ialah dengan diruqyah (merawat) atau sebelum terjadi hendaknya dia meminta kepada orang yang mempunyai ain untuk mengucapkan
ما شاء الله
Ketika dia memuji atau melihat sesuatu baik yang dia suka atau dia benci.

Wallohu a'lam.
〰〰〰〰〰〰〰
Dalil (Bukti) Hadith Berkenaan Penyakit Ain.

1⃣Nabi slallahu alaihi wasalam beliau bersabda "Penyakit ain (yang disebabkan oleh pandangan mata yang dengki) adalah haq (benar)."

📘H.R.Bukhari

2⃣Aisyah , isteri Nabi slallahu alaihi wasalam dia berkata "Bila Rasulullah salallahu alaihi wasalam sakit, Jibril datang meruqyahnya. Jibril mengucapkan 'Bismillaahi yubriika, wa min kulli daa-in yusyfika, wa min syarri hasidin idza hasad, wa syarri kulli dzi 'ainin.' (Dengan nama Allah yang menciptakanmu. Dialah Allah yang menyembuhkanmu dari segala macam penyakit dan dari kejahatan pendengki ketika ia mendengki serta segala macam kejahatan pandangan mata jahat semua makhluk yang memandang dengan kedengkian).

📔H.R.Muslim

3⃣Rasulullah salallahu alaihi wasalam bersabda "Mintalah perlindungan kepada Allah, kerana sesungguhnya (penyakit) ain itu benar (wujud) adanya."

📕Ibnu Majah
〰〰〰〰〰〰〰
💺Dijawab Oleh Al Ustadz Abu Abduh Solehudin Karawang.

📚Hadith&Ditulis Oleh Abu Jarir Al-Georgetowny.

✆ WA Al Istifadah ※ WALIS ✆
✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧
الموقع الرسمي للمجموعة:
🛅➠http://walis-net.blogspot.com/p/depan.html

0 komentar:

Posting Komentar