Di antara faedah ilmu dari Tausiyah Umum al-Ustadz Luqman Ba'abduh, 🇲🇾🌍 di Kuala Lumpur - MALAYSIA

Posted On // Leave a Comment
Di antara faedah ilmu dari Tausiyah Umum al-Ustadz Luqman Ba'abduh,

🇲🇾🌍 di Kuala Lumpur - MALAYSIA
 (Sesi 2/Ba'da Isya') 

〰〰〰〰〰〰〰〰

Sambungan faedah ilmu:

7. Allah tidak akan henti menguji kita. Contohnya sakit fisik, yang menghalangi kita untuk beribadah, belajar, dan berdakwah. Seorang yang ikhlas tidak akan mudah putus asa, untuk terus beramal, walaupun diuji.

8. Contoh terbaik bagi kita adalah al-'alamah al-Imam al-mujaddid al-faqih asy-syaikh Abdul Aziz Ibn Baz. Beliau ditakdirkan oleh Allah ketika umurnya 17 atau 18 tahun, matanya menjadi buta. Namun beliau terus menimba ilmu, tanpa putus asa dengan penyakit yang menimpanya. Dengan keikhlasan hatinya, beliau terus bangkit menuntut ilmu dan meneruskan dakwah. Begitulah juga ulama-ulama salaf yang terdahulu. Mereka tidak mudah putus asa.

9. Mereka yang ikhlas juga tidak mudah kecewa. Ketika ada satu atau dua temannya menyakiti hatinya dalam urusan dakwah, urusan tholabul ilmi, urusan mengikuti sunnah, dia tidak mudah langsung rasa kecewa kepada manusia sehingga meninggalkan dakwah, meninggalkan tholibul ilmi dan lainnya.

10. Allah sebutkan di dalam Al-Qur'an, ada manusia yang beribadah kepada Allah tetapi di tepi jurang. Mereka ini apabila ketika dia beribadah, berdakwah dan bertholibul ilmi, mereka diberi kenikmatan dan kesenangan oleh Allah, mereka rasa senang. Tetapi apabila ditimpa kepada mereka musibah, bencana, lalu mereka berpaling dari jalan dakwah, jalan tholibul ilmi, kerana sudah kecewa, berputus asa.

11. Allah sentiasa mengetahui apa yang ada di dalam hati kita, ikhlas kerana Allah ataupun tidak. Samada kita mengucapkannya ataupun tidak.

12. Baca sirah para ulama, bagaimana musibah dan ujian yang ditimpakan kepada mereka. Kita akan sadar ujian yang menimpa kita ini masih amat kecil dibanding ujian para ulama tersebut.
 Mungkin saja, jika Allah timpakan ujian para ulama itu kepada kita, entah-entah kita sudah menjadi munafik atau fasik. Na'udzubillah. Tetapi Allah itu Ar-Rahim, Dia hanya memberi ujian kepada kita sebatas yang kita mampu menghadapinya.

13. Teruslah berdoa kepada Allah agar membimbing kita agar dapat istiqamah di atas al-haq dan terus dapat mengikhlaskan niat kerana Allah.

14. Seorang yang ikhlas, dalam beribadah sentiasa merasakan khauf (takut) dan raja' (berharap) kepada Allah.

15. Seharusnya apabila seseorang ingin melakukan suatu ibadah, dia harus bertanyakan tentang dalil,  dari Al-Qur'an dan Hadits. Mengutamakan untuk berpegang dengan Sunnah Nabi, mengikuti petunjuk Nabi dan petunjuk Khulafahurasyidin. Tidak mengedepankan logik akalnya, taklid buta kepada perkataan orang lain, atau mengutamakan orang yang dicintai berbanding perintah Allah dan Rasul.

16. Betapa banyak orang yang menjual agamanya demi duniawi, dengan harga yang sedikit. Di masa ini, zaman fitnah, ramai yang mengabaikan petunjuk Sunnah Nabi, kerana kepentingan dunia.

17. Jauhilah bermajlis dengan ahlul bid'ah dan ahlul ahwa. Jangan kerana ingin dipuji sebagai seorang yang berfikiran terbuka, dia bermajlis dengan ahlul bid'ah dan ahlul ahwa. Semua kerana kepentingan dunia.

Alhamdulillah. Selesai.

-------------🌿
📨🇲🇾 Kiriman Faidah dari Malaysia

•••••••••••••
🌠 WhatsApp Miratsul Anbiya Indonesia

0 komentar:

Posting Komentar