ZAKIR NAIK MENAMAKAN ALLAH DENGAN NAMA BERHALANYA ORANG KUFFAR, BRAHMA ATAU VISHNU

Posted On // Leave a Comment

ZAKIR NAIK MENAMAKAN ALLAH DENGAN NAMA BERHALANYA ORANG KUFFAR, BRAHMA ATAU VISHNU

Zakir Naik berkata :

Disebutkan di dalam Rig Veda (salah satu kitab agama Hindu) para pendeta memanggil tuhan yang satu dengan banyak nama, bermakna ianya(tuhan yang satu) mempunyai pelbagai nama yang diberikan kepada Tuhan yang satu.

Dan di dalam Rig Veda sahaja sudah mencatatkan tidak kurang 33 jenis sifat yang berlainan kepada Tuhan yang Maha kuasa. Kebanyakannya disebut di Rig Veda, buku no. 2, puisi no. 1. Salah satu daripada sifat yang indah yang disebutkan di dalam Rig Veda kepada Tuhan Yang Maha Kuasa adalah BRAHMA. BRAHMA bermaksud 'Pencipta'. Jika kamu menterjemahkannya ke bahasa Arab ianya bermakna Khaliq. Kita orang Islam tidak ada bantahan jika sesiapa yang memanggil Allah Subhanahu Wa Ta’ala tuhan Yang Maha Kuasa sebagai Khaliq atau Pencipta atau BRAHMA.

Tetapi jika seseorang mengatakan BRAHMA adalah Tuhan Yang Maha Kuasa yang mempunyai 4 kepala, di atas setiap kepalanya mempunyai mahkota dan dia mempunyai 4 tangan, kita sebagai orang Islam akan menentang keras kepada sesiapa yang mengatakan sedemikian.

Satu lagi sifat yang indah yang diberi di dalam Rig Veda, buku no. 2, puisi no. 1,ayat no. 3 adalah VISHNU. VISHNU bermakna 'Yang memberi rezeki'. Jika kamu terjemahkan nya ke bahasa Arab ia bermakna Rabb. Kita sebagai orang Islam tidak ada bantahan jika sesiapa yang memanggil tuhan Yang Maha Kuasa sebagai Rabb atau Penyayang yang memberi rezeki atau VISHNU. Tetapi jika seseorang memanggil VISHNU adalah Tuhan yang maha kuasa yang mempunyai 4 tangan dan salah satu tangannya memegang Chakra (piring) dan salah satu dari tangan kirinya memegang... (tidak jelas) dan dia menunggang burung dan bersandar pada kerusi daripada ular. Kita sebagai orang Islam akan menentang keras kepada sesiapa yang mengatakan sedemikian.

http://www.salafitalk.net/st/uploads/Zakir-CallingAllahBrahmaOrVishnu.rm

👆📣👎

📚 WhatsApp طريق السلف 📚

✆ WA Al Istiqomah ※ WALIS ✆
✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧
الموقع الرسمي للمجموعة:
🛅➠http://walis-net.blogspot.com/p/depan.html

0 komentar:

Posting Komentar