Di antara faedah ilmu dari Tausiyah Umum al-Ustadz Luqman Ba'abduh,
🇲🇾🌍 di Kuala Lumpur - MALAYSIA
(Sesi 1/Ba'da Maghrib)
〰〰〰〰〰〰〰〰
Saling tolong menolong dalam kebaikan dan takwa.
Mengikhlaskan segala amalan hanya untuk Allah. Bukan mengharapkan pujian manusia, dukungan manusia, sanjungan manusia, atau sebab lain yang bukan kerana Allah.
Para ulama salaf sering mengingatkan, bahwa perkara yang paling susah untuk istiqamah adalah mengikhlaskan niat.
Untuk istiqamah di atas Tauhid dan Sunnah, itu pasti ada rintangannya. Kerana Allah telah katakan setiap orang-orang yang menyatakan dirinya beriman, pasti akan diuji oleh Allah. Mereka akan diuji oleh Allah untuk keistiqamahan mereka di atas al-haq.
Para ulama salaf sering khuatir diri mereka akan terjerumus ke dalam kemunafiqan, kefasiqan. Walaupun mereka memiliki ilmu yang banyak.
Seorang yang ikhlas menjalankan amalan hanya untuk Allah adalah orang yang boleh berjaya untuk istiqamah di atas al-haq. Kerana mereka tidak pernah mengharapkan sanjungan manusia atau pujian manusia. Mereka akan terus beramal walaupun menghadapi kesukaran.
(bersambung)
-------------🌿
📨🇲🇾 Kiriman Faidah dari Malaysia
•••••••••••••
🌠 WhatsApp Miratsul Anbiya Indonesia
Di antara faedah ilmu dari Tausiyah Umum al-Ustadz Luqman Ba'abduh, 1
Labels:
nasehat
0 komentar:
Posting Komentar